Tuesday, 15 November 2011

SIAPAKAH ORANG YG BIJAK......?????

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Sahabat2 yg dimuliakan Allah SWT...
Hari ini..seluruh manusia telah bercita2 & berusaha menjadi org yg bijak...sehingga bertungkus lumus siang & malam untuk jadikan diri sebagai "golongan Inteligent"....& mahu di golongkan dalam golongan "cendiakawan"

Aduuhaaaii...inilah 1 penyakit @ kanser yg menyelubungi kehidupan manusia kini...Namun tafsiran  mengenai "orang yg bijak" oleh Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW jauh berbeza dgn tanggapan dan tafsiran akal kita yg lemah ini..

Mafhum dr Sabdaan Nabi SAW dlm satu hadith syarif...Seorang sahabat Ansar mangajukan 1 soalan kpd Nabi SAW..Wahai Nabiyallah..Siapakah orang yang bijak..???

Jawab Nabi SAW.."Aksaruhum Lil Mautiz Zikra..Wa AsyadDuhum Isti'dadal Laziy..Ula'ika Kal Akyass"..Aw Kama Qal Rasulullahi SAW..

Mafhumnya : Orang yang bijak ialah..Orang Paling banyak Mengingati Mati...dan Senantiasa membuat Persediaan dalam MengHadapi Kematian..."


Jadi,..tuan2 yg mulia..marilah kita sama2 menjadi orang yang bijak seperti mana yg disabdakan oleh Nabi SAW...yang mana setiap masa kita ingatkan diri kita akan kematian yg sentiasa menghampiri kita...Dalam masa yang kita sentiasa memikirkan bagaimana persiapan & persediaan IMAN & AMAL SOLEH yg sempurna untuk kita siapkan sebagai bekalan untuk kita bertemu dgn yg Maha Adil Lagi Maha Sempurna...





Tuesday, 4 October 2011

HIDUP....MATI......MAKSUD APA??????

Bismillahir Rahmanir Rahim....
Tuan2..sahabat2 yg dimuliakan Allah SWT...kita perlu syukur lagi & lagi atas segala kenikmatan yg Allah kurniakan kpd kita..hari demi hari tanpa sedikit balasan pn dr manusia yg dhaif ini....apa pun jua manusia yg lemah lg byk kekurangan inilah yg berhajat pd Allah SWT....

Allah SWT datangkan seluruh ummat manusia dr Hazrat Adam Alaih Salam sehingga manusia yg lahir sebelum hari kiamat bukanlah semata2 untuk manusia ini bina kehidupan dunia yg penuh kemewahan...mencari kekayaan yg melimpah ruah...menempah kekayaan yg gilang gemilang....

TETAPI itu bukanlah KEJAYAAN yg SEBENAR  yg ALLAH KEHENDAKI...tiadalah kejayaan seseorang itu disisi ALLAH SWT walaupun ia sebesar & sehebat kerajaan FIR'AUN sekalipun sekiranya kehidupan ia tiada kaitan dgn agama ALLAH yg suci murni ini....

Tuan2 yg dimuliakan Allah..ALLAH SWT jadikan kehidupan kita kat dunia ini hanyalah ujian semata2..ALLAH mau lihat siapakah yg BAIK AMALANNYA disisi ALLAH SWT...dan bawa seluruh kehidupan suci murni "HABIBULLAH" dlm kehidupan kita...

ALLAH SWT jadikan kita sebagai ummat NABI SAW ini merupakan satu kemuliaan yg besar untuk kita...dan kita kena paham ada perkara yg tersirat di sebalik kemuliaan ini.. iaitu KERJA NUBUWWAH...yakni Amru Bil Ma'ruf Nahyi 'Anil Mungkar...


Inilah maksud kita di hantar oleh Allah SWT kt dunia ni...Kita semua bertanggung jawab atas agama yg mulia ini...Jadi,.Bangun & mundur nya agama adalah berada di bahu2 kita semua...Rasulullah SAW tidak wariskan harta dunia untuk kita TAPI Baginda wariskan harta pusaka yg bernilai untuk ummat ini yakni kerja KeNabian..


Bagaimana kita hendak pikir & usahakan supaya agama  yg sempurna dapat datang dalam kehidupan kita...isteri & anak2 kita..ahli keluarga kita..dan seluruh ummat hingga ke hujung2 dunia...supaya kita semua selamat dr azab neraka ALLAH SWT seterusnya dapat masuk syurga ALLAH yg penuh dgn kenikmatan & kebahagiaan..Di samping itu juga,, kita bertanggungjawab untuk bawa..sampaikan..& sediakan seluruh ummat Baginda dengan kerja yg mulia ini....Inilah yg dikhabarkan oleh Baginda SAW....Sesaat kita pikir untuk agama Allah lebih baik dr beribadat 60@70 tahun....

Jadi...Adakah kita sudah paham apakah maksud ALLAH SWT hantar kita kt Dunia ni...& SudahkaH kita bersedia untuk jadikan Kerja Nubuwwah ini sebagai MAKSUD HIDUP kita,..???






 


Tuesday, 27 September 2011

Aku & Hijrah...

Bismillahir Rahmanir Rahim..
Setiap insan perlukan akan kehidupan termasuk diriku...
Dari saat itu..aku beranggapan bahawa kehidupan ini akan sempurna bila mana aku memiliki segala-gala nya...pekerjaan yang baik..keluarga yang bahagia..kediaman yg sempurna..dan sebagainya....

NAMUN ANGGAPAN KU ITU SEBENARNYA SALAH SAMA SEKALI...

Aku mula mengenal & mengerti akan erti DIARI KEHIDUPAN Yg SEMPURNA ini setelah PeMilik Sekelian 'Alam..ALLAH yang Maha Esa Yg Memiliki segala-gala Sifat2 Kesempurnaan PILIH & KELUARKAN aku di jalan ALLah...
Inilah HIJRAH Yg PERTAMA dalam Hidupku bila mana aku KELUAR Untuk USAHA ATAS IMAN selama 3 HARI..yg bertempat di Masjid Kg Belad, Kubur Panjang..bertarikh 2,3 & 4 Disember 2005...

Maka Allah telah tarbiyah akan diriku selama 3H ketika aku ber'uzlah & beriktikaf dalam suasana agama di tempat yg paling Mulia yakni masjid...
Perkara pertama yg aku dapat setelah hijrahku itu....ialah KECINTAAN kpd SOLAT BERJEMAAH di MasJID ..

Dulu..semasa dalam pengajianku..aku beranggapan solat itu boleh dilaksanakan dimana-mana walaupun seorang....NAMUN SOLAH Yg Disukai Oleh ALLAh SWT ialah SOLAH di Awal Waktu Yg dilakukan secara BerJemaah di Mana Azan diLaungkan yakni MasjiD @ Surau/MuSolla BAgi LeLaki Yg 'Akil BaLiGh....Inilah SOLAH KEKASIH "HABIBULLAH"...Ini kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah melaksanakan Solah2 FARDHU di rumah KECUALI di MasJid....di RuMaH HanYa SoLaH2 NAWAFIL (SunaT).....
JaDi..tuan2 & sahabat2 sekelian...mulai saat ini..MaRiiLaah kita MUHASABAH DIRI kita Yg DhaiF ini..
ADAKAH SOLaH kita SeLama ini BErTePATan Dgn SuNNaH NaBi SAW @pun SeKaDar Melaksanakan KEWAJIPAN BerSOLah...???

SeMoGa ALLAH SWT seNantiasa IsTiQaMahKan Kita Dalam melaksanakan Kewajipan SOLAH BERJEMAAH sePerTi Yg diTunJuki oLEH GuRu Yg MUlia Yg MnjDi PengHulu segala Nabi Yakni SaYyiDil musTHoFa MUHAMAD SAW...

MaKa dari Saat Itu...BerMula Lah KeHiDuPaN Ku Cari Selama ini seteLah MeDaPaT TarBiYah ILAHI Dalam PENGHIJRAHAN ku ini..

LAILAHA ILLA ALLAH

Inilah Kalimah Toyyibah..Kalimah Iman..Kalimah Tauhid..Kalimah Ikhlas...

Kalimah yg begitu Besar Fadhilatnya..Sehingga Nabi SAW sabdakan dalam 1 hadith yg mulia..kalimah ini "ringan di bibir" tapi "berat ditimbangan"...subhanaLLah..

Sebenarnya..kita hari ini hanya mewiridkan kalimah itu sahaja..tapi kita tidak mengetahui apakah "mafhum" daripada kalimah yg mulia itu..

Mafhum sebenar kalimah ini ialah bagaimana kita nak menyakini sebenar2nya di dalam hati kita bahawa Allah lah yg maha berkuasa..segala makhluk langsung tidak ada kuasa sedikit pun...
Dimana kita wajib menafikan segala "ilaha" yakni segala tuhan2,.makhluk2 di dunia ini samada nampak maupun tidak nampak..langsung tidak boleh beri sebarang bekas..baik manfaat @pun mudharat...

Seterusnya kita wajib mengisbatkan hanya Allah jua lah yang mengizinkan segala sesuatu terjadi..
Allah yg menciptakan segala makhluk...yg mana Allah sedikit pun tidak berhajat kpd makhluk2 ciptaan & asbab2 utk memberi manfaat @ mudharat..

Tetapi segala makhluk2 ciptaan Allah senantiasa berhajat kepada Allah utk melakukan sesuatu..

Perkara iman & keyakinan inilah diusahakan oleh Nabi SAW ke atas hati2 para sahabat R.Anhum Ajma'ien selama 13 tahun di Makkah...sehingga iman & yakin sahabat2 betul2 sempurna pd Allah..Bilamana sahabat2 berhijrah ke Madinah..Allah telah mengiktiraf iman sahabat dengan panggilan.."Ya Ayyuhal Lazina Aamanu"..wahai org2 yg BERIMAN..

Sebagai contoh kisah keimanan sahabat yg begitu hebat..Apabila Nabi SAW bertanya Saidina Ali Karramallahu Wajhah RA mengenai keimanannya pd Allah..beliau menjawab wahai Rasulullah SAW..sekiranya dizahirkan oleh ALLAH SWT syurga maupun neraka dihadapan kami..sesungguhnya iman kami tidak meningkat lg...ini kerana beliau telah mncapai kesempurnaan iman disisi Allah..subhanallah

Sahabat2ku yg mulia..Perintah usaha atas iman ini adalah perintah Allah..
HARI INI..manusia paham dan tahu...Sekiranya :
Meninggalkan SOLAH adalah BERDOSA...Meninggalkan PUASA adalah BERDOSA....Meninggalkan ZAKAT adalah BERDOSA...Meninggalkan HAJI adalah BERDOSA...

TAPI...sebenarnya bila kita MENINGGALKAN USAHA ATAS IMAN juga BERDOSA BESAR & ZALIM YG BESAR ke atas diri kita...ini kerana IMAN adalah ASAS kpd segala 'AMAL kita...bila iman kita rosak pd ALLAH seluruh amalan kita takkan diterima...amalan tersebut seumpama debu2 yg berterbangan..na'uzubillah..

Jadi..kepada Sahabat2ku marilah kita sama2 usaha atas iman yakin kita kepada Allah di atas mafhum kalimah "La Ilaha IllaLLah...supaya HATI kita dimasukkan dgn KEBESARAN..KEAGUNGAN..KEHEBATAN ALLAH...dan kita berusaha keluarkan keyakinan2 " GhairuLLah " yakni keyakinan ke atas makhluk dari lubuk hati kita dgn izin Allah..segala KEMEWAHAN..KEKAYAAN..PANGKAT DARJAT..PEKERJAAN...KETURUNAN..tidak boleh beri sedikit pn manfaat @ mudharat...segalanya yg berlaku adlah dengan Qudrat & Iradat ALLAH SWT..

Mafhum dr Sabdaan Nabi SAW..Brgsiapa yg mati tanpa iman @ rosak imannya pd Allah..sesungguhnya Allah haramkan syurga baginya hatta bau syurga sekalipun"..Aw Kama Qala Rasulullah SAW..

Jadi...Muhasabahlah Diri kita...Bagaimanakah Tahap KEIMANAN kita hari ini pd Allah..Adakah iman kita ini betul2 pd Allah..@pun masih yakin selain dr ALLAH???

Renung2kanlah..& Fikir2kanlah..