Bismillahir Rahmanir Rahim....
Tuan2..sahabat2 yg dimuliakan Allah SWT...kita perlu syukur lagi & lagi atas segala kenikmatan yg Allah kurniakan kpd kita..hari demi hari tanpa sedikit balasan pn dr manusia yg dhaif ini....apa pun jua manusia yg lemah lg byk kekurangan inilah yg berhajat pd Allah SWT....
Allah SWT datangkan seluruh ummat manusia dr Hazrat Adam Alaih Salam sehingga manusia yg lahir sebelum hari kiamat bukanlah semata2 untuk manusia ini bina kehidupan dunia yg penuh kemewahan...mencari kekayaan yg melimpah ruah...menempah kekayaan yg gilang gemilang....
TETAPI itu bukanlah KEJAYAAN yg SEBENAR yg ALLAH KEHENDAKI...tiadalah kejayaan seseorang itu disisi ALLAH SWT walaupun ia sebesar & sehebat kerajaan FIR'AUN sekalipun sekiranya kehidupan ia tiada kaitan dgn agama ALLAH yg suci murni ini....
Tuan2 yg dimuliakan Allah..ALLAH SWT jadikan kehidupan kita kat dunia ini hanyalah ujian semata2..ALLAH mau lihat siapakah yg BAIK AMALANNYA disisi ALLAH SWT...dan bawa seluruh kehidupan suci murni "HABIBULLAH" dlm kehidupan kita...
ALLAH SWT jadikan kita sebagai ummat NABI SAW ini merupakan satu kemuliaan yg besar untuk kita...dan kita kena paham ada perkara yg tersirat di sebalik kemuliaan ini.. iaitu KERJA NUBUWWAH...yakni Amru Bil Ma'ruf Nahyi 'Anil Mungkar...
Inilah maksud kita di hantar oleh Allah SWT kt dunia ni...Kita semua bertanggung jawab atas agama yg mulia ini...Jadi,.Bangun & mundur nya agama adalah berada di bahu2 kita semua...Rasulullah SAW tidak wariskan harta dunia untuk kita TAPI Baginda wariskan harta pusaka yg bernilai untuk ummat ini yakni kerja KeNabian..
Bagaimana kita hendak pikir & usahakan supaya agama yg sempurna dapat datang dalam kehidupan kita...isteri & anak2 kita..ahli keluarga kita..dan seluruh ummat hingga ke hujung2 dunia...supaya kita semua selamat dr azab neraka ALLAH SWT seterusnya dapat masuk syurga ALLAH yg penuh dgn kenikmatan & kebahagiaan..Di samping itu juga,, kita bertanggungjawab untuk bawa..sampaikan..& sediakan seluruh ummat Baginda dengan kerja yg mulia ini....Inilah yg dikhabarkan oleh Baginda SAW....Sesaat kita pikir untuk agama Allah lebih baik dr beribadat 60@70 tahun....
Jadi...Adakah kita sudah paham apakah maksud ALLAH SWT hantar kita kt Dunia ni...& SudahkaH kita bersedia untuk jadikan Kerja Nubuwwah ini sebagai MAKSUD HIDUP kita,..???
Inilah maksud kita di hantar oleh Allah SWT kt dunia ni...Kita semua bertanggung jawab atas agama yg mulia ini...Jadi,.Bangun & mundur nya agama adalah berada di bahu2 kita semua...Rasulullah SAW tidak wariskan harta dunia untuk kita TAPI Baginda wariskan harta pusaka yg bernilai untuk ummat ini yakni kerja KeNabian..
Bagaimana kita hendak pikir & usahakan supaya agama yg sempurna dapat datang dalam kehidupan kita...isteri & anak2 kita..ahli keluarga kita..dan seluruh ummat hingga ke hujung2 dunia...supaya kita semua selamat dr azab neraka ALLAH SWT seterusnya dapat masuk syurga ALLAH yg penuh dgn kenikmatan & kebahagiaan..Di samping itu juga,, kita bertanggungjawab untuk bawa..sampaikan..& sediakan seluruh ummat Baginda dengan kerja yg mulia ini....Inilah yg dikhabarkan oleh Baginda SAW....Sesaat kita pikir untuk agama Allah lebih baik dr beribadat 60@70 tahun....
Jadi...Adakah kita sudah paham apakah maksud ALLAH SWT hantar kita kt Dunia ni...& SudahkaH kita bersedia untuk jadikan Kerja Nubuwwah ini sebagai MAKSUD HIDUP kita,..???
Salam,
ReplyDeletejgnlah anda sempitkan islam yang di bawa oleh Nabi saw hanya berkisar tentang dakwah sahaja.
Di mana anda nak campakkan sistem2 islam yang lain dlm bidang muamalat ,munakahat,jenayat ,undang2,pentadbiran,politik dan banyak lagi??
Adakah Nabi di utus untuk berdakwah sahaja??
Adakah anda tidak tahu bahawa di utuskan manusia itu ke bumi untuk menjadi khalifah?
Definisi khalifah
Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari Allah s.w.t. kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti yang terkandung dalam ayat berikut: 'Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, bahawa Ia akan memberikan khalifah(menggantikan penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka bumi sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka'(QS 24:55)
Di dalam Islam, khalifah digunakan sebagai kata kunci dan bukannya kata kedaulatan atau yang lain kerana kedaulatan sesungguhnya adalah milik Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, sesiapa pun yang memegang kekuasaan dan menggunakan kekuasaan itu sesuai dengan norma-norma dan hukum-hukum Tuhan maka dengan sendirinya ia menjadi khalifah.
Selain daripada itu, kekuasaan untuk mengatur bumi, memakmurkan, mengelola negara dan menyejahterakan masyarakat dijanjikan kepada " seluruh masyarakat beriman" bukannya kepada seseorang atau suatu kelas tertentu.
Maksud khalifah menurut bahasa
Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti; iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya. Ianya termasuklah:-(c)
1. Menggantikan orang yang tiada.
2. Menggantikan orang yang telah mati.
3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.
Maksud khalifah menurut istilah
Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.
Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kaum mukmin secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga tertentu, kelas tertentu, suku tertentu atau ras tertentu. Dalam Islam setiap orang mukmin menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi yang sesuai dengan kapasitas individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah semuanya sama dan tidak ada yang lebih rendah dari khalifah yang lain.
Pemilihan menjadi khalifah
Nikmat terbesar yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada kita manusia adalah menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Hal ini tercantum dalam firman-Nya yang bermaksud:- 'Adalah Dia yang telah menjadikan engkau khalifah-Nya, pewaris bumi ini, Ia telah meningkatkan darjat sebahagian di antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain. Sehingga Ia dapat mengujimu mengenai caramu memeperlakukan pemberian-Nya, sesungguhnya Tuhanmu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha Penyayang'( surah Al-anam ayat 165)
Allah s.w.t. telah melepaskan manusia di muka bumi yang terbentang luas ini supaya manusia itu mencari atau menerapkan sifat-sifat yang baik dan buruk menurut apa yang dianggap baik oleh manusia. Oleh sebab itulah manusia diberi kelebihan dari-Nya iaitu akal. Selain itu, otak yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia juga adalah kelengkapan yang utama sekali bagi manusia agar dapat menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan bijaksana.
KATA PENULIS :
ReplyDeletec. “Tuan-tuan, Iman itu hanya dapat ditingkatkan dengan perantaraan dakwah sahaja. Jadi InsyaAllah, sapa nak keluar 4 Bulan, 40 Hari, 3 Hari.. Sila bangun tuan-tuan bagi nama.....”
PANDANGAN SAYA :
Kata-kata sebegini lebih berupa KETAKSUBAN. Bahagian ini tidak saya nafikan kerana saya sendiri sering mendengar ayat-ayat yang lebih kurang maksudnya daripada mulut para karkun. Mereka seolah-olah menyebutkan “dakwah” secara umum tetapi sebenarnya PADA PENGHUJUNGNYA MEREKA MENGECILKAN/ MENYEMPITKAN SKOPNYA kepada “keluar pada jalan Allah mengikut acuan Jemaah Tabligh” sahaja. Menyempitkan skop sebegini bukanlah tindakan yang bijak.
Pada majoriti mereka, “keluar pada jalan Allah” tidak lain adalah dengan pergi berdakwah dan bergerakkerja MENGIKUT TATACARA yang digariskan oleh JEMAAH TABLIGH. Padahal sesiapa sahaja yang pergi melakukan kerja-kerja agama dengan gerak kerja yang bagaimana pun asalkan selaras dengan agama, adalah “keluar pada jalan Allah” juga.
Contoh-contoh ketaksuban yang biasa sangat saya dengar (maksudnya ia memang kepercayaan sebahagian besar pengikut Jemaah Tabligh, bukannya kes-kes terpencil) :
1. “Keluar pada jalan Allah” tidak lain ialah keluar bergerakkerja mengikut acuan Jemaah Tabligh seperti keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan, seumur hidup dan seumpamanya (sebagaimana di atas tadi).
2. “Kita mesti berdakwah mengikut cara Rasulullah berdakwah” yang tidak lain dimaksudkan ialah berdakwah MENGIKUT ACUAN JEMAAH TABLIGH. Bahagian ini yang selalu saya utarakan kepada ahli-ahli Tabligh. Adakah orang-orang dan jemaah lain TIDAK MENGIKUT CARA RASULULLAH?
3. “Usaha ini satu dunia punya usaha” kata mereka dengan wajah bangga, dengan nada menafikan peranan jemaah-jemaah lain. Adakah Jemaah Tabligh sahaja yang bergerak di serata dunia? Nampak sangat mereka hanya mengambil tahu bagaimana perahu sendiri sahaja belayar tanpa melihat perahu-perahu lain belayar di sekitar mereka. Apabila kita terangkan tentang gerak kerja jemaah-jemaah lain yang tak kurang hebat di seluruh dunia, mereka tercengang-cengang seolah-olah itulah kali pertama mendapat info sebegitu. Sudah semestinya begitu kerana dalam dunia Jemaah Tabligh, hal-hal tentang gerak kerja umat Islam TIDAK DIHIDANGKAN. Yang dihidangkan hanyalah gerak kerja Jemah Tabligh sahaja.
Sehingga ke hari ini, nampaknya Jemaah Tabligh masih belum mahu berubah, jauh sekali untuk BERSEDIA berubah. Mereka masih selesa dan tidak mahu keluar daripada kepompong BERGERAK SEBAGAI SATU JEMAAH sahaja. Padahal bergerak secara satu-satu jemaah hanya sesuai untuk kurun yang lalu. Pada kurun ini, gerak dakwah perlu ditajdidkan dan yang paling relevan ialah bergerak sebagai berbilang jemaah/satu-satu jemaah DAN DALAM MASA YANG SAMA bergerak sebagai SATU UMAT. Begitulah salah satu saranan dalam Dakwah Tajdid Segar/ Sebenar.
Selagi kita ada sikap mengakui jalan aku terbaik, jemaah aku tersunnah, kumpulan akulah yang mengikut sunnah manakla yang lain tidak, pemimpin kami yang terunggul, cara kamilah cara Rasulullah dan seumpamanya, umat Islam akan kekal tertinggal di belakang sebagaimana kurun yang lalu.
Kepercayaan bahawa “Aku dan kamilah yang akan mengembalikan kegemilangan Islam” sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Ia merupakan kaedah gerakkerja untuk kurun yang lalu. Inilah tajdid untuk kurun yang lalu sehingga melahirkan Ikhwanul Muslimin, Jemaah An-Nur, parti-parti politik Islam, Jemaah Tabligh, Hizbut Tahrir dan lain-lain.
Kepercayaan bahawa “Aku, kami dan KITAlah yang akan mengembalikan kegemilangan Islam”, inilah gerak kerja untuk kurun ini.
KATA karkun tabligh :
ReplyDeleteg. “Maksud hadis lebih kurang; Abu Bakar ra tanya Nabi saw selepas masuk Islam; “Apa kerja aku?” Nabi saw bersabda; “Kerja tuan sama lah dengan kerja saya.” Abu Bakar ra faham bahawa kerja Nabi saw ada lah dakwah. Abu Bakar terus buat dakwah dan dapat mengislamkan 6 orang pada masa hari itu juga. Apa yang Abu Bakar ra belajar masa itu? Iman.. yakin bahawasanya ALLAH taala sahaja rob sekelian alam. Abu Bakar terus buat dakwah, ilmu satu inci pun tarak apa yang tau? "Allah maha kuasa makhluk tiada kuasa" lagi? kalimah toyyibah.”
PANDANGAN SAYA :
Kenyataan sebegini atau yang seumpama dengannya memang selalu meniti di bibir para karkun. Dari sudut positifnya, ia berupa satu motivasi untuk menaikkan semangat para karkun melakukan gerak kerja dakwah. Dari sudut negatifnya pula, secara tidak langsung kalimat-kalimat ini menjatuhkan martabat ilmu dan para ilmuwan agama. Kita faham bahawa Jemaah Tabligh terpaksa memainkan isu sebegini supaya para karkun bertambah yakin lalu berani berdakwah sekalipun mereka sangat kurang ilmu agama.
Slogan yang selalu kita dengar dari mulut para karkun ialah “iman dan amal” atau “usaha atas iman dan amal”. Apabila kita cuba mentajdid slogan itu dengan menyebut “ilmu, iman dan amal” atau “usaha atas ilmu, iman dan amal”, berubah air muka mereka. Ini pengalaman saya sendiri dan ia berlaku banyak sekali. Bahagian ini ada huraian lanjut tetapi saya tidaklah memanjangkannya di sini. Mungkin di lain kesempatan insyaAllah.
Berbalik kepada hadith tadi, untuk memudahkan huraian maka kita anggaplah ia sebuah hadith yang boleh dijadikan sandaran (kerana saya tidak tahu status hadith itu). Perkara penting yang mesti kita faham daripada hadith itu antaranya ialah ketika itu Nabi Muhammad BARU SAHAJA DIANGKAT SEBAGAI RASUL. Maksudnya marhalah dakwah jenis itu adalah untuk peringkat paling awal. Saiyidina Abu Bakar sendiri ialah antara orang terawal memeluk agama Islam, sebelum dirinya mungkin hanya ada 2-3 orang sahaja yang sudah Islam. Fahamlah kita bahawa saat itu ORANG DI SEKELILING SAIYIDINA ABU BAKAR ialah orang bukan Islam belaka, situasinya tidak sama dengan dakwah Jemaah Tabligh kepada orang di sekeliling kita pada hari ini yang rata-ratanya orang yang sudah sedia Islam.
Ketika itu juga ILMU-ILMU AGAMA ISLAM BELUM BERKEMBANG, BELUM DIHURAI DAN MASIH AMAT SEDIKIT kerana agama Islam bawaan Nabi Muhammad saw baru bermula. Belum ada ilmu solat, puasa, zakat, haji, jihad, mustalah hadith, tasawuf, perbandingan agama Islam dengan agama lain dan sebagainya. Memanglah Saiyidina Abu Bakar tidak mempunyai pelbagai ilmu-ilmu agama Islam ketika itu ILMU-ILMU ITU BELUM WUJUD. Umumnya yang ada ketika itu hanyalah ilmu “Laa Ilaahaillallaah, Muhammadur Rasulullaah.” Jadi, ilmu itu sahajalah yang dibawanya kepada orang-orang bukan Islam.
ReplyDeleteTetapi zaman sekarang ilmu agama Islam tidak terbatas kepada Dua Kalimah Syahadah sahaja. Takkanlah kita hendak pergi dari rumah ke rumah orang Islam (kerana di tempat kita ini umumnya para karkun mengetuk pintu orang Islam, bukan pintu orang bukan Islam) hanya dengan 2 Kalimah Syahadah?
Kita kumpulkan perbezaan hari itu dengan hari ini supaya kita dapat membuat perbandingan dan mendapat pencerahan :
1. Pada hari Saiyidina Abu Bakar memeluk agama Islam itu, agam Islam (yang bersyariatkan syariat Nabi Muhammad saw) itu baru bermula beberapa hari sedangkan zaman sekarang Islam sudah berusia lebih 1,400 tahun. Sudah tentu ada perbezaan uslub dakwahnya.
2. Pada hari itu belum ada ilmu-ilmu agama Islam yang boleh dipelajari dan dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar selain 2 Kalimah Syahadah, padahal zaman sekarang sangatlah luas bidang-bidangnya. Sudah tentu ada perbezaan kaedah dakwahnya.
3. Pada hari itu orang-orang di sekeliling Saiyidina Abu Bakar bukan Islam belaka. Pintu-pintu itulah yang diketuk oleh Saiyidina Abu Bakar dan para sahabat. Padahal para karkun hari ini umumnya mengetuk pintu orang-orang yang sudah Islam, yang sudah punya Dua Kalimah Syahadah. Takkanlah gerak kerja dakwahnya sama.
Kesimpulannya, tidak sesuailah jika kita mahu mengekalkan kaedah yang sama untuk dua situasi yang jauh berbeza.
Kita lihat pula pernyataan berbunyi : “ Abu Bakar terus buat dakwah, ILMU SATU INCI PUN TARAK apa yang tau.”
Sekali imbas pernyataan sebegini menunjukkan kita mesti berdakwah walaupun “ilmu satu inci pun tarak”. Kita dahulukan sangka baik. Penutur kalimat-kalimat di atas sebenarnya bercakap menggunakan gaya bahasa harian yang lebih berupa HIPERBOLA (iaitu berlebih-lebihan pada perkataan tetapi pada hakikatnya bukan itu yang dimaksudkan).
Contoh-contoh hiperbola :
1. Walau seribu tahun, aku tetap akan menunggumu.
2. Sekali aku tampar nanti, berterabur gigi engkau.
3. Cantik betul dia bagai bidadari.
Contohnya kita katakan : “Huh, makanan di kedai itu tak sedap langsung!” Benarkah 100% makanan yang ada di kedai itu tidak sedap langsung? Tentulah tidak. Ia bermaksud makanan di kedai itu kebanyakannya kurang sedap, mustahil 100% tidak sedap. Begitulah dalam kes yang disebutkan tadi. Pernyataan itu hanya untuk menggambarkan bahawa untuk menjadi seorang pendakwah, tidak semestinya sudah penuh dada dengan pelbagai ilmu baru boleh berdakwah. Orang yang sedikit ilmunya pun masih boleh berdakwah, mengikut tahap masing-masing.
Dari sudut yang lain pula, janganlah kita khususnya para karkun menggunakan hujah ini untuk ghairah berdakwah tetapi tidak pula ghairah untuk menuntut ilmu-ilmu agama. Sebagaimana yang disebutkan di atas tadi, pada hari Saiyidina Abu Bakar memeluk agama Islam itu belum ada ilmu-ilmu agama Islam selain Dua Kalimah Syahadah. Sebab itulah dia “ilmu satu inci pun tarak”. Bezakanlah situasi kita hari ini dengan situasi beliau pada hari itu.